Definisi :-
“Program pemulihan adalah satu rancangan pembelajaran khas atau program pendidikan yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi atau mengalami masalah kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, diruang yang khusus.”
Apakah tujuan Program Pemulihan khas?
Terdapat tujuh perkara yang membolehkan murid dapat mengikut program pemulihan adalah seperti berikut:-
- Menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan mereka.
- Mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.
- Mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi mereka melalui bantuan guru dan pihak-pihak yang berkenaan.
- Mengembangkan potensi dalam pelajaran dan minat mereka ke taraf lebih maju.
- Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan diluar bilik darjah.
- Memperolehi serta mengembangkan sikap percaya diri sendiri dan berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat mereka.
- Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
JENIS-JENIS PENENTU MASALAH PEMBELAJARAN :-
- Masalah Pembelajaran – masalah ini kemungkinan terjadi berpunca daripada kaedah atau bahan- bahan P&P yang disediakan tidak bersesuaian, ataupun murid kerap ponteng sekolah, cuai ketika menjalankan aktiviti.
- Masalah Peribadi - kesihatan keluarga, sosial dan lain-lain.
- Masalah Kurang Kecerdasan - lambat berfikir dan bertindak, mudah lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya.
- Masalah Psikologi - rasa takut, benci, pendiam, pemalu, tiada keyakinan , rendah diri dan lain-lain.
- Masalah Kecacatan fizikal – pekak, bisu, buta, gagap, sengau, telor, kurang mendengar, penglihatan kurang jelas dan lain-lain
- Masalah Kecacatan Mental dan Terencat Akal - masalah semula jadi, berpenyakit dan kemalangan.
** Bagi masalah kecacatan fizikal dan mental , bantuan guru khas diperlukan dan mereka boleh di tempatkan di kelas pendidikan khas.
PUNCA MASALAH - MURID-MURID PEMULIHAN KHAS
1. Faktor Psikologi.
- Kecerdasan – tidak semua manusia mempunyai tahap kecerdasan yang sama. Ada yang mampu dan berkeupayaan mengingat yang lebih tinggi dan ada yang sebaliknyan mengalami kekurangan. Maka perbezaan bagi setiap individu itu ada aras yang tinggi, sederhana dan rendah.
- Kesihatan emosi- gangguan emosi sering menjadi punca masalah pembelajaran. Kuasa penumpuan dan latihan adalah kemahiran utama yang perlu ada semasa pembelajaran berlaku.Kegagalan memfokuskan pembelajaran menyebabkan pelajar ketinggalan. Masalah emosi seperti sering marah, takut, bimbang dan lain-lain perasaan adalah punca tercetusnya gangguan. Contohnya, kematian dan perceraian ibu bapa.
2. Faktor Biologi.
- Kesihatan Fizikal – Menurut Wayne Otto dan rakan-rakan ’Poor general health may be an important contributing factor to a student’s learning problems’. Kebanyakan pelajar yang menghidap penyakit yang serius seperti asma,dermatitis, gigi, dan lain-lain sukar menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Mereka ini sering lemah, tidak bermaya, kesannya terpaksa ponteng sekolah.
- Peranan neurologi – berlaku kecacatan otak dan kesan sampingan ialah kesukaran mengeja, membaca dan menulis.Ini kemu ngkinan terjadi disebabkan penyakit kuat., seperti demam panas, atau cacat sewaktu dalam kandungan ibu lagi.
3) Faktor Persekitaran
- Pembentuk bahasa – bahasa alat komunikasi utama dan kajian menunjukkan kekurangan pendedahan awal bahasa serfta pengalaman yang sepatut diperolehi daripada ahli keluarga menyeba bkan pelajar itu lemah dalam pelajaran lain.
- Amalan Sekolah.- masyarakat menghubungkaitkan pencapai seseorang pelajar dengaan gurunya, pihak pentadbiran dan kurikulum sekolah. Disamping itu, faktor-faktor lain seperti keupayaan murid, keluarga, dan faktor luaran mesti diambil kira. Namun kesan pengajaran guru, cara pentadbiran dan susunan kurikulum meninggalkan kesan terhadap pembelajaran.
Kesimpulannya, kemunduran kanak-kanak dalam pelajaran berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkaitan.Sehubungan itu, segala punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu haruslah dikesan, diatasi dan dirawati secepat yang boleh.
Info yg sgt brguna...tq cikgu
ReplyDelete