Dalam PKTS , kiosk adalah merujuk kepada ruang belajar – mengajar di dalam Kelas Pemulihan Khas MI. Cadangan kedudukan kiosk dalam Kelas Pemulihan Khas MI adalah seperti dalam Pelan Kelas Pemulihan Khas. Proses P&P lebih mudah berlaku apabila minda seseorang itu tercabar dan bukannya semasa bosan atau dalam keadaan rehat. Sayugia diingatkan bahawa setiap murid boleh belajar dan dapat diajar tertakluk kepada guru untuk menggunakan kaedah, pendekatan serta gaya pembelajaran (Learning Style) yang paling sesuai dengan seseorang individu tersebut.
Berdasarkan perbezaan individu inilah maka kiosk-kiosk pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas MI disediakan. Di kiosk-kiosk ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlaku mengikut kaedah daan cara belajar seseorang individu berdasarkan MI. Antara kiosk-kiosk yang ada dalam Kelas Pemulihan Khas MI ialah :
- K1 Kiosk Bahasa / Verbal / Linguistik.
- K2 Kiosk Ruang / Visual / Spatial.
- K3 Kiosk Interpersoal.
- K4 Kiosk Logik / Matematik
- K5 Kiosk Kendiri / Intrapersonal.
- K6 Kiosk Kinestetik/ Pergerakan.
- K7 Kiosk Muzik / Ritma.
- K8 Kiosk Alam Semulajadi / Natural.
- K9 Kiosk Pengurusan.
- K10 Kiosk Umum.
- K11 Kiosk Pengamatan.
Mengapakah Kiosk Diperkenalkan?
Program Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS) adalah salah satu program penting yang perlu dilaksanakan dengan berkesan.
• Kebolehan yang berbeza serta masalah dalam penguasaan 3M yang berbeza bagi setiap murid memerlukan kepada langka-langkah pendekatan, kaedah, teknik serta bahan yang berbeza –beza perlu digunakan mengikut keperluan murid bilamana P&P dijalankan.
• Pembinaan kiosk ini berdasarkan kepada Teori Multiple Intelligences (MI) yang diasaskan oleh Howard Gardner. Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan.
• Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu. Tahap kecerdasan bagi setiap domain tersebut adalah berbeza-beza.
• Howard Gardner menyatakan bahawa pembelajaran seseorang individu adalah lebih mudah sekiranya dapat dijelaskan dalam bentuk seiring dengan kecerdasan yang sedia ada pada seseorang individu murid. Setiap individu dilahirkan dengan kecerdasan yang tersendiri yang boleh diperkembangkan melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Kecerdasan
“ Kecerdasan merupakan kebolehan menyelesaikan masalah atau menyumbangkan hasil yang bernilai kepada budaya. ”
(Howard Gardner)
Mengikut teori pengukuran IQ bahawa potensi intelek seseorang itu adalah tetap dan telah ditentukan secara genatik. Oleh itu kecerdasan seseorang boleh diukur pada peringkat awal dan akan menentukan potensi individu tersebut.
Sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan di dunia ada kecerdasannya yang tersendiri. Justeru itu perlunya diwujudkan kelas dan P&P yang berpusatkan individu di mana murid dapat mempunyai lebih banyak pilihan untuk:
1. Meneroka minat mereka.
2. Membentuk kebolehan unik mereka.
3. Menunjukkan bakat mereka.
Contoh Aktiviti Mengikut Kiosk – Kiosk Di Kelas Pemulihan CERIA
Hasil Pembelajaran : Mengenal pasti huruf ‘a - j’
K1 – Kiosk Bahasa
1.1. Lihat dan sebut huruf (latih tubi)
1.2. Menulis huruf
K2 – Kiosk Ruang
2.1. Potong dan gam huruf
2.2. Warnakan huruf
K3 – Kiosk Interpersonal
3.1. Kuiz huruf
K4 – Kiosk Logik \ Matematik
4.1. Suaikan abjad
4.2. Aktiviti memadan / turutan huruf
K5 - Kiosk Kendiri
5.1. Bermain dengan huruf (sembunyi, cari & susun )
5.2. Membuat kad imbasan huruf berukuran 5cm X 5cm
K6 – Kiosk Kinestetik
6.1. Menulis abjad (a-j) di udara
6.2. Menulis abjad (a-j) di pasir/gandum
K7 – Kiosk Muzik / Ritma
7.1. Nyanyi lagu ‘ ABC ‘
K8 – Kiosk Alam Semula Jadi
8.1. Kenal pasti haiwan, tumbuhan atau alam sekitar yang ejaannya bermula dengan
huruf ‘a – j’
assalamualaikum...cikgu shikim... saya ada 1 soalan nak tanya...
ReplyDelete1) adakah kiosk ini sesuai digunakan di kelas pendidikan khas?
ReplyDeleteYa, kiosk boleh digunakan di kelas-kelas pendidikan khas dan kelas perdana.