Monday, 10 December 2012

Latihan


Tumblr_merraebilk1rj06zlo1_500_large

Assalamualaaikum, saya telah menyediakan beberapa latihan yang sesuai untuk murid pemulihan khas. Harap anda semua dapat manfaat dari info-info yang diberikan.





TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

PENGAJARAN MAKRO PEMULIHANN KHAS




   



Pengajaran Mikro telah dijalankan di kelas pemulihan khas pada 31hb. November 2012 di SK Bidor 2, Jalan Teluk Intan, Bidor.  Rakaman ini telah dibantu oleh rakan sejawat dan mengambil masa kurang daripada 60 minit.  Sepanjang proses rakaman tersebut telah berlaku  kejadian yang mencuit hati saya dan alhamdulillah rakaman itu berjaya disiapkan.


TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

Saturday, 8 December 2012

BRAIN GYM

BRAIN GYM
BY MOHD.ANUAR BIN ABDULLAH






















TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

Wednesday, 14 November 2012

PENGAJARAN MAKRO

Definisi Makro :-

  • Makro bermaksud awalan yang banyak
  • Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup
  • Merupakan simulasi  satu pengajaran yang lengkap kpd satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu
  • Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yg sekian lama dipelajari.

Objektif Pengajaran Makro

  • Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih.
  • Mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar
  • Memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajara yg berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar

Kepentingan Pengajaran makro

  • Memberi peluang kpd guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yg terancang .
  • Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah
  • Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org pelajar
  • Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri utk mejadi guru


Matlamat makro

  • Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yg tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak
  • Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar
  • Pendedahan yg dipelajari semasa dimaktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran
  • Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar


Perancangan

  • Kejayaan bergantung kpd perancangan yg rapi.
  • Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk
  • Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya
  • Pengetahuan sedia ada
  • Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif)
  • Sumber P&P
  • Penerapan Nilai murni
  • Penggabungjalinan kemahiran


Komponen Penyampian
  • Set induk si
  • Perkembangan- langkah pengajaran.
  • Strategi pengajaran

Langkah pengajaran makro
  • Set Induksi
  • Perkembangan
  • penutup











TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

LATIHAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN





















TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

MARI MENGENAL HURUF KONSONAN














TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

MARI MENGENAL BUNYI HURUF VOKAL


















JOM SAMA-SAMA KITA MENDENGAR BUNYI  HURUF VOKAL PADA VIDEO DIBAWAH :)













TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

KEMAHIRAN MEMBACA




Atan Long (1978) menyatakan  proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemahan lambang-lamang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan olleh tulisan itu.

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan kaedah yang popular dalam kelas pemulihan ialah :

Kaedah Fonetik. Kaedah ini dikenali kaedah lisan atau kaedah reform dan berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini dimulakan dengan penyebutan bunyi, kata,frasa dan ayat.


KEMAHIRAN ASAS MEMBACA





TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

Monday, 5 November 2012

GAMBAR


GAMBAR KELAS






Gambar lukisan dinding kelas pemulihan ini dihasilkan pada akhir 
tahun 2010. Keindahan alam semula jadi simbol kehidupan manusia
  dan pemilihan gambar ini menjadi aspirasi kelas pemulihan SK Bidor 2




Gambar hiasan sepasang katak:   Menarik minat murid  jom membaca.




Sudut Matematik yang berlatar belakangkan keindahan hidupan air di 
lautan biru yang ceria.




Sudut aktiviti bermain kad-kad perkataan 





Sudut Bahasa : Memaparkan kad-kad huruf, suku kata KV,KVK.KVKK
dan Sudut aktiviti murid : Hasil kerja murid di paparkan di situ.







Sudut Bahasa: Carta-carta perkataan dan ayat.









Sudut Info Pemulihan Khas:  Dokumen-dokumen seperrti Misi & Visi, jadual waktu,laporan  dan nama murid.





Televisyen:  Tontonan anak murid.








Pemandangan  Bilik darjah di dalam  kelas pemuilihan khas. Mempunyai  dua kumpulan meja da kerusi







Kelihatan beberapa orang bekas murid  kelas pemulihan sedang khusyuk mewarna   gambar KLCC di dewan terbuka SK Bidor 2.  


TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

PEMULIHAN KHAS


Definisi :-

“Program pemulihan adalah satu rancangan pembelajaran khas atau program pendidikan  yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi atau mengalami masalah kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, diruang yang khusus.”


Apakah tujuan Program Pemulihan khas?

Terdapat  tujuh  perkara yang membolehkan murid dapat mengikut program pemulihan adalah seperti berikut:-


  1. Menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan mereka.
  2. Mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.
  3. Mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi mereka melalui bantuan guru dan pihak-pihak yang berkenaan.
  4. Mengembangkan potensi dalam pelajaran dan minat mereka ke taraf lebih maju.
  5. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan diluar bilik darjah.
  6. Memperolehi serta mengembangkan sikap percaya diri sendiri dan berdikari apabila berada dalam kumpulan dan  masyarakat mereka.
  7. Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.


JENIS-JENIS PENENTU MASALAH PEMBELAJARAN :-


  • Masalah Pembelajaran – masalah ini kemungkinan terjadi berpunca daripada kaedah  atau bahan- bahan P&P yang disediakan tidak bersesuaian, ataupun murid kerap ponteng sekolah, cuai ketika menjalankan aktiviti.
  • Masalah Peribadi - kesihatan keluarga, sosial dan lain-lain.
  • Masalah Kurang Kecerdasan -  lambat berfikir dan bertindak, mudah lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya.
  • Masalah Psikologi  -  rasa takut, benci, pendiam, pemalu, tiada keyakinan , rendah diri dan lain-lain.
  • Masalah Kecacatan fizikal – pekak, bisu, buta, gagap, sengau, telor, kurang mendengar, penglihatan kurang  jelas dan lain-lain
  • Masalah Kecacatan Mental dan Terencat Akal -  masalah semula jadi, berpenyakit dan kemalangan.

** Bagi masalah kecacatan fizikal dan mental , bantuan guru khas diperlukan dan mereka boleh di tempatkan di kelas pendidikan  khas.



PUNCA  MASALAH  - MURID-MURID  PEMULIHAN  KHAS


1. Faktor Psikologi.


  • Kecerdasan – tidak semua manusia mempunyai tahap kecerdasan yang sama. Ada yang mampu dan berkeupayaan mengingat yang lebih tinggi dan ada yang sebaliknyan mengalami kekurangan. Maka perbezaan bagi setiap individu itu ada aras yang tinggi, sederhana dan rendah.
  •  Kesihatan emosi- gangguan emosi sering menjadi punca masalah pembelajaran. Kuasa penumpuan  dan latihan  adalah kemahiran utama yang perlu ada semasa pembelajaran berlaku.Kegagalan memfokuskan pembelajaran menyebabkan pelajar ketinggalan. Masalah emosi seperti sering  marah, takut, bimbang dan lain-lain perasaan adalah punca tercetusnya  gangguan. Contohnya, kematian dan perceraian ibu bapa.

2. Faktor Biologi.


  • Kesihatan Fizikal – Menurut Wayne Otto dan rakan-rakan ’Poor general health may be an important contributing factor to a student’s learning problems’.  Kebanyakan pelajar yang menghidap penyakit yang serius seperti asma,dermatitis, gigi, dan lain-lain sukar menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Mereka ini sering lemah, tidak bermaya,  kesannya terpaksa ponteng sekolah.
  •  Peranan neurologi – berlaku kecacatan otak dan kesan sampingan ialah kesukaran mengeja, membaca dan menulis.Ini kemu ngkinan terjadi disebabkan penyakit kuat., seperti demam panas, atau cacat sewaktu dalam kandungan ibu lagi.


3) Faktor Persekitaran


  • Pembentuk bahasa – bahasa alat komunikasi utama  dan kajian menunjukkan  kekurangan pendedahan  awal bahasa serfta pengalaman  yang sepatut diperolehi daripada ahli keluarga menyeba bkan  pelajar itu lemah dalam pelajaran lain. 
  • Amalan Sekolah.- masyarakat menghubungkaitkan pencapai seseorang pelajar dengaan gurunya, pihak pentadbiran dan kurikulum sekolah. Disamping itu, faktor-faktor lain seperti keupayaan murid, keluarga, dan faktor luaran mesti diambil kira. Namun  kesan pengajaran guru, cara pentadbiran dan susunan kurikulum meninggalkan kesan terhadap pembelajaran.


Kesimpulannya, kemunduran kanak-kanak dalam pelajaran berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkaitan.Sehubungan itu, segala punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu haruslah dikesan, diatasi dan dirawati  secepat yang boleh.
 



TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

Saturday, 3 November 2012

Pengelolaan Dan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas


Pengelolaan Dan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas 



Lapan perkara yang perlu diberi perhatian semasa menguruskan Kelas Pemulihan Khas:

1. Cara Mengelola. 

2. Keadaan Bilik / Kelas :

  • Lokasi 
  • Kesesuaian 
  • Penyusunan Perabut 

3. Pengambilan Murid :

  • Prosedur
  • Bilangan Murid 
  • Sidang Persekolahan 

4. Jadual Waktu :

  • Agihan Masa 
  • Kesesuaian Masa. 

5. Proses Pengajaran dan Pembelajaran 

6. Rekod dan Fail. 

7. Bahan-bahan P&P :

  • Bahan Pemulihan 
  • Bahan Pengayaan 

8. Kepakaran. 

  
Seterusnya 5 elemen yang perlu dipegang semasa mengurus Kelas Pemulihan Khas: 


  1. Trust And Belonging. (Rasa Selamat) 
  2. Meaningfull Content. (Pembelajaran Yang Bermakna) 
  3. Enriched Envirolment. (Suasana Segar) 
  4. Intelligent Choice. 
  5. Adequate Time. 





TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW

KIOSK



Apa Itu  Kiosk ? 

Dalam PKTS , kiosk adalah merujuk kepada ruang belajar – mengajar di dalam Kelas Pemulihan Khas MI. Cadangan kedudukan kiosk dalam Kelas Pemulihan Khas MI adalah seperti dalam Pelan Kelas Pemulihan Khas. Proses P&P lebih mudah berlaku apabila minda seseorang itu tercabar dan bukannya semasa bosan atau dalam keadaan rehat. Sayugia diingatkan bahawa setiap murid boleh belajar dan dapat diajar tertakluk kepada guru untuk menggunakan kaedah, pendekatan serta gaya pembelajaran (Learning Style) yang paling sesuai dengan seseorang individu tersebut. 

Berdasarkan perbezaan individu inilah maka kiosk-kiosk pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas MI disediakan. Di kiosk-kiosk ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlaku  mengikut kaedah daan cara belajar seseorang individu berdasarkan MI. Antara kiosk-kiosk yang ada dalam Kelas Pemulihan Khas MI ialah : 


  • K1   Kiosk Bahasa /  Verbal / Linguistik. 
  • K2   Kiosk Ruang  / Visual / Spatial. 
  • K3   Kiosk Interpersoal. 
  • K4   Kiosk Logik / Matematik 
  • K5   Kiosk Kendiri / Intrapersonal. 
  • K6   Kiosk Kinestetik/ Pergerakan. 
  • K7   Kiosk Muzik / Ritma. 
  • K8   Kiosk Alam Semulajadi / Natural. 
  • K9   Kiosk Pengurusan. 
  • K10  Kiosk  Umum. 
  • K11  Kiosk Pengamatan. 
  

Mengapakah Kiosk Diperkenalkan? 

Program Pemulihan  Khas Tahap Satu  (PKTS) adalah salah satu program penting yang perlu dilaksanakan dengan berkesan. 
  
• Kebolehan yang berbeza serta masalah dalam penguasaan 3M yang berbeza  bagi setiap murid memerlukan kepada langka-langkah pendekatan, kaedah, teknik serta bahan yang berbeza –beza perlu digunakan   mengikut keperluan murid  bilamana P&P dijalankan. 
  
• Pembinaan kiosk ini berdasarkan kepada Teori Multiple Intelligences (MI) yang  diasaskan oleh Howard Gardner. Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan. 
  
• Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu. Tahap kecerdasan bagi  setiap domain tersebut adalah berbeza-beza. 
  
• Howard Gardner  menyatakan bahawa pembelajaran seseorang individu adalah lebih mudah sekiranya dapat dijelaskan dalam bentuk seiring dengan kecerdasan yang sedia ada pada seseorang individu murid. Setiap individu dilahirkan dengan kecerdasan yang tersendiri yang boleh diperkembangkan melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran.



Kecerdasan
“ Kecerdasan merupakan kebolehan menyelesaikan masalah atau menyumbangkan hasil yang bernilai kepada budaya. ” 

 (Howard Gardner)

Mengikut teori pengukuran IQ bahawa potensi intelek seseorang itu adalah tetap dan telah ditentukan secara genatik. Oleh itu kecerdasan seseorang boleh diukur pada peringkat awal dan akan menentukan potensi individu tersebut. 

Sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan di dunia ada kecerdasannya yang tersendiri. Justeru itu  perlunya diwujudkan kelas dan P&P yang berpusatkan individu di mana murid dapat mempunyai lebih banyak pilihan untuk: 

1. Meneroka minat mereka. 
2. Membentuk kebolehan unik mereka. 
3. Menunjukkan bakat mereka. 
  

Contoh Aktiviti Mengikut Kiosk – Kiosk Di Kelas Pemulihan CERIA

Hasil Pembelajaran : Mengenal  pasti huruf ‘a  - j’ 

K1 – Kiosk  Bahasa 
       1.1. Lihat dan sebut huruf (latih  tubi) 
       1.2. Menulis huruf 

K2 – Kiosk  Ruang 
       2.1. Potong dan gam huruf 
       2.2. Warnakan huruf 

K3 – Kiosk Interpersonal 
      3.1. Kuiz huruf 

K4 – Kiosk Logik \ Matematik 
       4.1. Suaikan abjad 
       4.2. Aktiviti memadan /  turutan huruf 

K5  - Kiosk Kendiri 
       5.1. Bermain  dengan huruf (sembunyi,  cari & susun ) 
       5.2. Membuat kad imbasan huruf  berukuran 5cm  X 5cm 
  
K6 – Kiosk Kinestetik 
       6.1. Menulis abjad (a-j) di udara 
       6.2. Menulis abjad (a-j) di pasir/gandum 

K7 – Kiosk  Muzik / Ritma 
      7.1. Nyanyi lagu ‘  ABC ‘ 
  
K8 – Kiosk   Alam Semula Jadi 
      8.1. Kenal pasti haiwan, tumbuhan atau  alam sekitar yang ejaannya bermula dengan    
             huruf  ‘a – j’ 
  






TERIMA KASIH. SILA COMMENT DAN FOLLOW